Utama Jurnal Jom Bisnes Tentang Saya

Tuesday, October 12, 2010

Sessi Perkongsian Dr Selamat Aliman

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah, setelah perancangan perkongsian bersama Ustaz Hasanuddin pada 31 hb Julai tidak tercapai, pada 27 hb Oktober 2010, Dr Ir Selamat Aliman telah mengadakan sessi perkongsian serangan kapal Mavi Marmara kepada pelajar Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik (FTEKA). Ringkasan daripada perkongsian tersebut:

Hari : Isnin.
Waktu : 2.00-5.00 petang.
Tempat : Bilik kuliah FTEKA.
Subjek : Bengkel Penulisan Skrip (gabungan pelajar jabatan penulisan, skrin, teater, animasi dan seni lakon).
Objektif : Membantu pelajar mendapat ilham/ilmu bantu untuk menghasilkan skrip filem/animasi/teater.

2 jam pertama diisi dengan perkongsian tentang sejarah negara Palestin dan detik-detik serangan ke atas kapal daripada Dr Selamat. 1 jam terakhir diisi dengan tayangan detik perjalanan mereka sehinga kapal diserang. 1 jam pertama, pelajar agak terpinga-pinga (ada yang lelap), 1 jam kedua mereka mula berekspresi, 1 jam terakhir mereka mula 'melihat kebenaran'. Pelbagai respon diberikan (ada yang menangis, kagum dll). Sessi perkongsian diakhiri dengan penyerahan sumbangan kepada Aqsa Syarif dan juga sedikit jualan (coklat, mafla, sticker, beg Aqsa Syarif).



Terlaksanalah misi untuk 'menawan' kalam pena pelajar-pelajar di FTEKA. Doakan moga kami memperoleh ibrah daripada perkongsian tersebut untuk disebarkan melalui hasil kerja kami nanti..Insya-Allah.

mata pena,
nurhija